Assalamualaikum WBT,
Salam sejahtera,
Salam 1 Malaysia,
Salam 1 Statistik.
Semua sedia maklum bahawa kelab KSKS akan mengadakan Jamuan Hari Raya Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor. Jamuan kali ini akan diadakan serentak dikesemua seksyen dengan berkonsepkan Seksyen Terbuka.
Berikut adalah emel yang dihantar berkaitan jamuan tersebut :
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tuan/Puan,
Adalah
dimaklumkan Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor akan mengadakan Jamuan
Hari Raya berkonsepkan Seksyen Terbuka seperti ketetapan berikut:
Tarikh
:19 Julai (Rabu)
Masa
: 11.30am-3.00 pm
Lokasi
: Ruang Legar Seksyen Masing-masing
Bagi
memeriahkan lagi Majlis ini, Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS) akan
mengadakan Pertandingan Dekorasi Hari Raya Seksyen Tercantik. Penilaian
akan dibuat oleh Pengurusan Tertinggi DOSM Selangor berdasarkan kreativiti
hiasan Seksyen masing-masing. Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat
pertama, kedua dan ketiga.
Berikut adalah tentatif Program.
Tentatif
Program
8.00-11.00
am
:Persiapan di Seksyen
11.00-11.30am
:Penilaian Dekorasi Seksyen Terbaik
11.30-3.00pm
:Jamuan Hari Raya di Semua Seksyen (Seksyen Terbuka)
3.00-3.30pm
:Penyampaian Hadiah Deko Terbaik (Tingkat 9)
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
+
Jom kita beramai-ramai meriahkan jamuan hari raya ini. Semoga dengan majlis ini, akan dapat mengeratkan ukhwah dikalangan kita, amin.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.