Wednesday 12 April 2017

BREAKFAST PIT STOP

Assalamualaikum WBT,
Salam sejahtera,
Salam 1 Statistik...

Alhamdulillah,

Diharap anda semua sihat hendaknya. So, kami nak update sedikit program KSKS yang sedang dijalankan pagi tadi. Program ini dinamakan "Breakfast Pit Stop" yang telah pun bermula pada 11 April 2017(Selasa) yang lepas dan in sha allah ianya akan terus dijalankan setiap hari selagi mendapat sambutan.

Tapi bila melihat pada gambar-gambar yang dipaparkan, nampak gayanya program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua pihak. Alhamdulillah dan semoga program sebegini akan terus rancak dimasa akan datang.

Jom kita tengok kemeriahan ketika sesi jualan sedang dijalankan. dan untuk pengetahuan semua, waktu jualan ini berlangsung pada :

HARI      : Isnin - Jumaat
WAKTU : 7.30 am - 8.30 am  &  10.00 am-10.30 am

Teruskan sokongan anda supaya program ini akan terus mendapat perhatian.

Sekian, terima kasih.

* Meh beli, meh beli.. Jangan rebut-rebut deh..hehehe












Tuesday 11 April 2017

SALAM PENGENALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor..

Alhamdulillah,

Dengan izinNya, hari ni 12/04/2017 blog Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor telah dilancarkan.

Semoga dengan adanya blog ni, kita dapat mengenali kelab dengan lebih dekat serta berkongsi setiap aktiviti warga JP Selangor bersama-sama Kelab KSKS.

Teruskan menyokong segala program yang akan dijalankan oleh kelab. Kerana tanpa anda, mana mungkin kelab akan wujud.

Akhir kata, majulah KSKS untuk Jabatan!!

Sekian, terima kasih.