Tuesday 30 May 2017

JUALAN BAZAAR RAYA!

Assalamualaikum WBT,
Salam sejahtera,
Salam 1 Malaysia

Kelab KSKS telah membuka peluang kepada semua ahli kelab yang ingin menambah pendapatan boleh menyertai 'Jualan Bazaar' anjuran KSKS yang bermula pada 26 Mei yang lalu.

Jualan akan bermula setiap hari Jumaat sahaja setiap minggu bermula jam 12:15 pm - 2:45 pm. Barangan yang boleh dijual adalah seperti pakaian, makanan kering(biskut raya, kerepek) atau apa sahaja barangan khas untuk persediaan hari raya ini.


So,sesiapa yang berminat boleh terus hubungi Biro Ekonomi yang terlibat ye. Yang lain, jom kita meriahkan Bazaar Ramadhan JP anjuran KSKS ni.

Borong jangan tak borong!
Borong jangan tak borong!
Borong jangan tak borong!

Wednesday 24 May 2017

SELAMAT DATANG YA RAMADHAN!

Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Salam 1 Statistik,

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk bernafas dibumi ini. dan syukur atas nikmat dimana kita akan merasai sekali lagi nikmat ramadhan yang bakal tiba.

Dikesempatan ini, kelab KSKS ada menyampaikan dan mengagihkan sedikit sumbangan khas kepada semua ahli kelab.

Ada rezeki lebih untuk dikongsi bersama.
Tak sempurna berbuka tanpanya.
Itulah kurma penyeri masa berbuka.
Salam Ramadhan untuk semua...

Ni antara beberapa gambar yang sempat admin post sempena pengagihan kurma kepada wakil-wakil setiap seksyen.




MERAIKAN HARI JADI AHLI KSKS BULAN MEI 2017

Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Salam 1 Statistik

Lama dah admin tak update info terkini berkaitan program yang sedang dijalankan oleh KSKS. So, hari ni admin nak kongsi sikit beberapa 'moment' ketika penyampaian hadiah kepada ahli KSKS yang menyambut Hari Jadi pada bulan Mei ini.

Admin seronok melihat sedikit demi sedikit perubahan yang dilakukan oleh pengurusan kelab KSKS khas untuk ahli-ahlinya. Semoga dengan perubahan ini, KSKS akan terus maju dan berjaya. Sama-samalah kita sokong!

Haa, sukalah yang dapat hadiah tu ye...meh la kongsi dengan admin sikit hehehe... Jom kita tengok muka-muka happy yang dapat hadiah tu..









MERAIKAN ANUGERAH CEMERLANG 2016 DAN PELANCARAN FitDOSM SELANGOR

Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Salam 1 Statistik.

Pada hari Jumaat yang lepas (19 Mei 2017) telah berlangsung satu Majlis Bersama Pengarah yang diadakan di Auditorium Ciast, Seksyen 15 Shah Alam.

Majlis yang julung kali ini diadakan bertujuan merapatkan hubungan antara pihak pengurusan bersama anggota jabatan. Dalam majlis ini juga, anggota dapat berkenalan dan mengenali lebih dekat pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor iaitu En.Muhammad Amri Bin Idris yang baru 2 bulan berkhidmat di Negeri ini.

Beliau sungguh 'sporting' sepanjang majlis berjalan. Admin tabik dengan sikap 'low profile' yang ditunjukkan oleh beliau. Doa admin, semoga pengarah diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus meneraju Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor ke peringkat yang lebih tinggi. Amin.

Sedikit coretan sepanjang majlis dijalankan dimana selain sesi Dialog Bersama Pengarah, majlis diserikan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016. Majlis ni juga 'happening' dengan konsep & tema songket dan kerawang(ala-ala 50an) gitu.

Selepas itu, majlis bersambung dengan ucapan dari Pengerusi Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS) yang baru dalam membentangkan manifesto kelab. Pelbagai agenda serta program yang sedang dan akan dijalankan. Jom sama-sama kita sokong!

Akhir sekali dipenghujung majlis tersebut, pelancaran FitDOSM Selangor telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Ybhg, En. Muhammad Amri Bin Idris Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor. Majlis juga diserikan dengan tarian 'Chicken Dance' sebagai gimik pelancaran.

Jom saksikan sedikit 'candid' sepanjang majlis dijalankan...