Wednesday 24 May 2017

MERAIKAN ANUGERAH CEMERLANG 2016 DAN PELANCARAN FitDOSM SELANGOR

Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Salam 1 Statistik.

Pada hari Jumaat yang lepas (19 Mei 2017) telah berlangsung satu Majlis Bersama Pengarah yang diadakan di Auditorium Ciast, Seksyen 15 Shah Alam.

Majlis yang julung kali ini diadakan bertujuan merapatkan hubungan antara pihak pengurusan bersama anggota jabatan. Dalam majlis ini juga, anggota dapat berkenalan dan mengenali lebih dekat pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor iaitu En.Muhammad Amri Bin Idris yang baru 2 bulan berkhidmat di Negeri ini.

Beliau sungguh 'sporting' sepanjang majlis berjalan. Admin tabik dengan sikap 'low profile' yang ditunjukkan oleh beliau. Doa admin, semoga pengarah diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus meneraju Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor ke peringkat yang lebih tinggi. Amin.

Sedikit coretan sepanjang majlis dijalankan dimana selain sesi Dialog Bersama Pengarah, majlis diserikan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016. Majlis ni juga 'happening' dengan konsep & tema songket dan kerawang(ala-ala 50an) gitu.

Selepas itu, majlis bersambung dengan ucapan dari Pengerusi Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS) yang baru dalam membentangkan manifesto kelab. Pelbagai agenda serta program yang sedang dan akan dijalankan. Jom sama-sama kita sokong!

Akhir sekali dipenghujung majlis tersebut, pelancaran FitDOSM Selangor telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Ybhg, En. Muhammad Amri Bin Idris Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor. Majlis juga diserikan dengan tarian 'Chicken Dance' sebagai gimik pelancaran.

Jom saksikan sedikit 'candid' sepanjang majlis dijalankan...












No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.